Peristiwa Ramadhan: Pasukan Perang Pertama Menjalankan Misi
Friday, 3 July 2015 (7:14 am) / Sejarah, Sirah Nabawi

Tanggal : Bulan Ramadhan, Tahun Pertama Hijrah

Catatan:

Pasukan (Sariyah) Saiful Bahr. Mereka dikirim pada bulan Ramadhan tahun pertama Hijrah, bertepatan dengan bulan Maret tahun 623 M. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. melantik Hamzah bin Abdul Muthalib sebagai pemimpin pasukan ini. Beliau mengutusnya dengan membawa 30 askar dari orang Muhajirin.

Hamzah berinisiatif mencegah kafilah dagang Quraisy yang datang dari Syam. Dalam kafilah itu ada Abu Jahal bin Hisyam yang memimpin 300 orang. Akhirnya mereka semua sampai di Saiful Bahr yang masih berada di wilayah Ish.[1]

Di sana mereka semua bertemu dan telah bersedia untuk berperang. Namun begitu, Majdi bin Amru al-Juhany yang merupakan sekutu kedua-dua belah pihak tiba-tiba berjalan ke hadapan, lalu menahan mereka semua sehingga mereka tidak jadi berperang.

Bendera pasukan Hamzah adalah bendera perang pertama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.. Bendera itu berwarna putih. Orang yang ditugaskan memegang bendera itu adalah Abu Marsad Kannaz bin Hushain al-Ghanawy.

___

[1] Ish adalah sebuah wilayah yang terletak di antara Yanba‘ dan Marwah, yang merupakan laluan menuju Laut Merah.

Redaktur: Shabra Syatila

Sebarkan Pada Sesama

Copyright © 2011 – 2017 Designed & Developed by Ibrahim Vatih