Doa Sholat Istikharah

Shalat istikharah adalah shalat untuk memantapkan memilih keputusan di antara pilihan-pilihan keputusan yang ada. Jika seseorang telah cenderung pada satu keputusan maka ia shalat mutlak dua rakaat. Kemudian berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berikut:

[arabtext] اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيـرُكَ بِعِلْمَكَ، وَأسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الَأمْرَ (وَيُسَمِّي حَاجَتَه) خَيْرٌ
لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ[/arabtext]

Allaahumma ‘inni ‘astakhiruka bi’ilmika, wa ‘astaqdiruka biqudratika, wa ‘as’aluka min fadhtikal-‘Adhimi, fa’innaka taqdiru wa laa ‘aqdiru, wa ta’lamu, wa laa ‘a’lamu, wa ‘Anta ‘Allaamul-Ghuyubi, Allaahumma ‘in kunta ta’lamu ‘anna haadzal-‘amra-(sebutkan masalah yang diputuskan) Khayrun li fi dini wa ma’aasye wa ‘aaqibati ‘amri, faqdurhu li wa yassirhu li tsumma baarik li fihi, wa ‘in kunta ta’lamu ‘anna haadzal-‘amra syarrun li fi dini wa ma’aasyi wa ‘aaqibati ‘amri, fasrifhu ‘anni wasrifni ‘anhu waqdur liyal-khayra haythu kaana tsumma ‘ardhini bihi.”

“Ya Allah, aku memohon pentunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaaMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan urusan) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatkanlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.” (Al-Bukhari 7/162, Al-‘Imran 3:159)

Leave a Comment