Enyahkan Pejabat Berkarakter Preman!

Pejabat ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, menteri dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa banyak dalam sejarah berbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun berbagai pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, penjahat di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berhasil merebut kekuasaan dan diwarisi. Bahkan semasa berada di atas kekuasaan pun sebagian golongan yang dianggap pejabat itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di balik kekuasaa, ataupun menjadi ‘perompak berlisensi’.

Banyak juga mereka yang bergelar diri Pejabat, ataupun merasa diri telah menjadi Pejabat itu menjadi sombong dan congkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa saja. Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta berbagai cara hidup preman diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikaikan dan dilihat kalah. Kehendak mereka ‘by hook or by crook’ mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Pejabat seperti ini kita panggil Pejabat preman.

Mengajar Pejabat Preman

Dalam Kanz al-‘Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn ‘Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan dari Anas bin Malik bahwa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab di Madinah.

Lelaki itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman.”

Kata ‘Umar, “Ya!”

Kata lelaki itu, “Aku berlomba dengan anak gubernur Mesir (Muhammad bin ‘Amr bin Al ‘Ash), lalu aku menang. Maka dia (anak gubernur) memukulku dengan cemeti sambil berkata, “Aku anak golongan yang mulia.”

Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gubernur Mesir ‘Amr bin Al ‘Ash meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut. Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata, “Pukul dia.”

Dia pun memukul sambil Umar berkata, “Pukullah anak golongan yang mulia.”

Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu, “Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti.”

Kemudian Umar berkata kepadanya, “Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala ‘Amr bin Al ‘Ash).”

Lelaki itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai.”

Kemudian Umar berkata kepada ‘Amr bin Al ‘Ash, “Sejak kapankah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?!”

Jawab ‘Amr bin Al ‘Ash, “Sesungguh aku tidak tahu kasus ini.”

Sama Di Sisi Tuhan

Demikian Khalifah ‘Umar mengajar kesombongan golongan Pejabat ini. Padahal ‘Amr bin Al ‘Ash seorang sahabat Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih karena nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi. Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menyebut, “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).

Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Utsman dan ‘Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan karena keturunan mereka mendapatkan kekuasaan ataupun karena pengaruh harta mereka yang banyak. Sebaliknya karena kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang nyatakan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sendiri. Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan, ‘Kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!’. Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian.

Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap, “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. ” (Ibn Atsir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Hanya mereka yang berperasaan saja merasakan diri mereka Pejabat yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau saja yang menganggap mengkritik golongan Pejabat istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan. Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan Pejabat itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.

Pupus

Perlu diingat, kepremanan golongan Pejabat telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampuk kuasa. Walaupun Persia, Roma, China, beberapa Negara Eropa, dan India pernah memiliki kekaisaran dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?! Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merusakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.

Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropa serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsia pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap. Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan Pejabat yang masih berkuasa dalam berbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan preman sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.

Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropa adalah karena mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman. Inilah yang disebut oleh ‘Amr bin Al ‘Ash ketika mengulas hadis Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rome paling banyak rakyatnya. Kata ‘Amr, “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik.

Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya.

Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana.

Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh.

Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka.

Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja.”

Golongan Pejabat sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran.

Jika Pejabat itu sekadar menunjukkan kepremanan kepada rakyat, mendapat berbagai harta dan tempat atas cengkeraman kedudukan padahal banyak lain yang lebih layak, membuang harta umum, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan Pejabat seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan Pejabat seperti itu masih dibiarkan. Golongan preman yang menyakiti rakyat bukan saja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempatkan di musium sejarah berbagai bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘preman’.

Ustadz Prof. Dr. Muhammad Asri Zainul Abidin