Pengertian Puasa

Menurut bahasa, puasa ialah, “Menahan diri daripada melakukan sesuatu, baik percakapan ataupun makanan.”

Pengertian puasa daripada sudut bahasa ialah: الإمساك مطلقا (menahan diri secara mutlak). Maksudnya, ia merangkum semua perkara yang melibatkan penahanan diri baik dalam makanan, minuman, percakapan, perkawinan, dan perjalanan.

Menurut Mughni Muhtaj, Puasa ( الصيام ) ialah masdar dari: .صام يصوم صوما أو صياما

Dalilnya ialah firman Allah yang menceritakan tentang Maryam:

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا

Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang Manusia pun pada hari ini.” (Surah Maryam: 26)

Maksud puasa di dalam ayat ini ialah menahan diri dan diam dari apapun percakapan. Menurut syarak pula, puasa ialah, “Menahan diripada dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan disertai niat.”

 

Leave a Comment